PERSAMAAN GARIS LURUS DIBERI TITIK DAN KECERUNAN
Sekiranya diberi kecerunan dan satu titik tertentu (x, y), persamaan garis lurus boleh diperoleh dengan memasukkan nilai x dan y ke dalam persamaan untuk mendapatkan nilai b, iaitu pintasan - y . Misalnya, untuk mencari persamaan satu garis yang mempunyai kecerunan 0.75 dan melalui titik (8 , 10), kita hanya perlu mencari nilai b dalam persamaan apabila x = 8 dan y = 10. Oleh kerana,
10 = 0.75(8) + b
b = 10 - 6 = 4
maka persamaan garis ialah y = 0.75x + 4
Tidak ada komentar:
Posting Komentar